KMSS

Bertaaruf Dengan Insan Yang Telah Pergi

Spread the love

tugasanminggulima-itep

Setelah mengikuti forum berkenaan sejarah sekolah agama Islam di benua Amerika, minggu ini saya dikehendaki mengupas sejarah Sekolah Mithali Khalifah. Ini adalah peringkat yang sangat kritikal bagi saya kerana baru sahaja dua minggu yang lalu saya berpeluang duduk dan mendengar penjelasan berkenaan latar belakang Profesor Muhammad al-Mahdi Jenkins daripada dua anak murid beliau. Sejarahnya rumit dan penuh warna warni namun sangat menarik. Oleh kerana saya dapat mengenal Imam Birgivi daripada kosong kepada apa yang saya tahu mengenainya hari ini, saya yakin, saya boleh mengenal Prof walaupun tidak pernah bertemu beliau semasa hayatnya.

muhammadjenkins

Perjalanan panjang beliau dari Australia ke Amerika Syarikat, khidmat beliau dalam tentera AS semasa Perang Vietnam, pembelajaran 3 PhD beliau dari Fizik ke Psikologi, perpisahan antara beliau dengan BF Skinner, memeluk Islam dan mengasaskan Sekolah Menengah Khalifah, sejurus sebelum menghembuskan nafas yang terakhir akibat kanser, dan dikebumikan di Cheras, tanpa dapat dikesan kuburnya sekarang kerana tidak bertanda dengan sempurna.

Berat terasa amanah yang terpikul di bahu untuk meneruskan legasi beliau di sekolah kami.

Sebuah sekolah yang pendidikannya berasaskan kepada pandangan alam yang tepat, positif dan bermotivasi, serta mematuhi hukum pembelajaran, semuanya terangkum dalam 3 buku beliau yang sempat ditinggalkan sebelum pergi tidak kembali.