Assalamualaikum.
Sudah lebih setahun saya berada di dalam BOD Yayasan Khalifah. Sebagai antara anggota termuda dan paling sedikit pengalaman, saya mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Sedikit demi sedikit, peranan saya di dalam BOD semakin ada fokus, dan menjurus kepada pembangunan content sekolah menengah.
Dua bulan lalu, Ustaz Qayyum bersama Dr. Alini bertemu dengan saya, melamar untuk saya terbabit sepenuh masa di sekolah menengah. Cadangan asal adalah saya menjadi pengetua yang baru menggantikan Ustaz Qayyum. Beliau pula akan menjadi pengurus sekolah. Saya akur dengan bidang tugas yang dijelaskan, tetapi memegang jawatan pengetua, sekolah, sekolah agama, saya keberatan, namun tiada idea alternatif.
Masa juga tidak sesuai untuk saya menerima tugasan ini. Saya berada di masa yang kritikal pada menyiapkan disertasi sarjana di UKM. Tetapi saya amat keberatan untuk menolak. Dan selepas bersetuju, barulah saya tahu, Ustaz Qayyum dan Abang Gazut bermusafir hingga ke Mekah dan melafazkan hajat berkenaan di hadapan Kaabah! Patutlah seperti tidak sedikit pun ada ruang pilihan lain di depan saya.
Ia pasti perkara baik.
Malah perjuangan untuk hayat yang berbaki.
Syukur, jawatan pengetua ditukar kepada Pengarah Akademik.
It’s my first day working as the academic director at Khalifah Model School (Secondary). My tasks involve:
- Transforming and developing the curriculum
- Teachers’ training
- Taqwa development program
- Library development
I am also starting my online certification program, the Islamic Teacher Education Program (ITEP) with Razi Education, Toronta, Canada.
Bismillah.