Pengenalan Diri

Hasrizal Abdul Jamil merupakan seorang pendidik, penulis, dan advokat pendidikan inklusif yang berpengalaman luas. Beliau memiliki Bachelor of Sharia (Honours) (Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Kepujian) dari Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Kerjaya beliau bermula sebagai Minister of Religion pertama di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara, menggabungkan kepimpinan keagamaan dengan keterlibatan komuniti secara aktif.

Minat mendalam terhadap bidang pendidikan mendorong beliau melanjutkan pengajian pascasiswazah dalam Learning, Education and Technology dan Educational Entrepreneurship di Oulu, Finland (2016–2020). Kepakaran ini melengkapi usaha beliau bersama Khalifah Education Foundation (Yayasan Pendidikan Khalifah) di Malaysia dalam mengembangkan model pendidikan berteraskan kerangka Character Education (Pendidikan Sahsiah).

Sebagai anggota National Education Policy Review Committee (Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara) Malaysia (2018–2019), beliau menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan nasional.

Penulis 28 buah buku sehingga 2025 ini, Hasrizal menerima diagnosis Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada tahun 2021, suatu pengalaman yang membentuk pendekatan beliau dalam advokasi neurodiversiti dan pendidikan inklusif. Beliau aktif melakukan advokasi ADHD berasaskan penyelidikan dan menjadi penasihat kepada Persatuan ADHD Dewasa Malaysia (Malaysian Adult ADHD Society – MAAS) 

Hasrizal berhijrah meninggalkan tanahair pada tahun 2016 dan kini menetap di Naas, County Kildare, Republic of Ireland. Beliau sedang melanjutkan pengajian Master’s in Education (Diversity and Inclusion) di Trinity College Dublin, dengan tumpuan penyelidikan terhadap pengalaman akademik pelajar universiti berdiagnosis ADHD dalam era Generative Artificial Intelligence (GenAI).

Beliau turut dilantik sebagai salah seorang daripada lapan LaunchPAD Ambassadors (Duta LaunchPAD) oleh AHEAD Ireland untuk memperkukuh advokasi penyertaan pelajar neurodivergent dalam pengajian tinggi pascasiswazah dan penyelidikan di Ireland. 

Meskipun berakar pada konteks setempat, perjuangan beliau untuk pendidikan yang adil dan saksama bersifat global, dipandu oleh pengalaman hidup dan wawasan profesionalnya.

About Me

Hasrizal Abdul Jamil is an educator, author, and advocate for inclusive education with extensive experience across educational leadership, community engagement, and policy reform. He holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan, awarded in 2001. His professional journey began as the first Minister of Religion at the Belfast Islamic Centre in Northern Ireland, where he combined religious leadership with active community outreach.

Driven by a profound interest in education, he pursued postgraduate studies in Learning, Education and Technology and Educational Entrepreneurship in Oulu, Finland (2016–2020). This expertise complemented his contributions to the Khalifah Education Foundation (Yayasan Pendidikan Khalifah) in Malaysia, particularly in advancing educational models grounded in the Character Education framework.

As an expert member of Malaysia’s National Education Policy Review Committee (Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara) (2018–2019), Hasrizal played a role in shaping the country’s education reform agenda.

Author of 28 books as of 2025, Hasrizal was diagnosed with Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) in 2021 — a turning point that significantly influenced his approach to neurodiversity and inclusive education advocacy. He actively promotes ADHD awareness based on research and serves as an advisor to the Malaysian Adult ADHD Society (MAAS).

He migrated from Malaysia in 2016 and resides in Naas, County Kildare, Republic of Ireland. He is pursuing a Master’s in Education (Diversity and Inclusion) at Trinity College Dublin, with a research focus on the academic experiences of university students diagnosed with ADHD in the era of Generative Artificial Intelligence (GenAI).

Hasrizal is one of eight LaunchPAD Ambassadors (Duta LaunchPAD) by AHEAD Ireland, tasked with strengthening advocacy for the participation of neurodivergent students in postgraduate education and research across Ireland.

Though deeply rooted in local contexts, his commitment to equitable and just education is global in scope, shaped by lived experience and informed by professional insight.