Podcast Hasrizal

Persediaan Menyambut Ramadan: Antara Motivasi Dalaman dan Luaran

Spread the love
https://anchor.fm/s/1e08f4a8/podcast/rss

Summary

amadan bukan hanya bulan mengenai puasa. Ia juga bulan untuk kita meningkatkan penghayatan al-Quran. Mengutamakan bacaan adalah yang ideal, namun mengimbangkan antara baca dan cuba memahami apa yang dibaca adalah munasabah untuk meningkatkan rasa cinta seseorang kepada kalam Allah ini.

Saya ambil peluang menyentuh sedikit di dalam program Jiwa Ramadan Yang Hilang anjuran HALUANSISWA UniKL Business School baru-baru ini, beberapa strategi mudah berkaitan al-Quran untuk Ramadan yang bakal tiba.

Install aplikasi al-Quran yang bersesuaian di komputer, tablet atau telefon pintar dan posisikan ia di skrin agar mudah dilihat untuk dibaca.

Letakkan mushaf di rumah di lokasi yang mudah dilihat oleh seluruh ahli keluarga.

Mengadakan aktiviti berkumpulan untuk regulasi bersama (co-regulate) pembacaan ini.

Lakukanlah apa-apa langkah yang sesuai untuk saling membantu sesama kita meningkatkan bacaan.

Cuma kita perlu bijaksana dalam keghairahan untuk menggalakkan sesama kita membaca al-Quran, janganlah kita terperangkap dalam sikap berlebih-lebihan sama ada semasa memberi galakan, mahu pun ketika memberi amaran. 

Kita wajar berhati-hati jika mahu menjadikan bacaan al-Quran sebagai suatu kewajipan melebihi hukum asalnya, lantas mengenakan tindakan organisasi dan yang seumpama dengannya. Ia juga boleh mengundang akibat-akibat yang tidak baik. Halusilah pemahaman kita tentang reinforcement dan punishment secara negatif dan positif, sejauh manakah ia berfungsi meningkatkan dampingan kita dengan al-Quran, agar kita tidak meninggalkan targhib dan tarhib sedia ada di dalam Al-Quran dan Sunnah baginda ﷺ sendiri.

Semoga Allah rahmati kita semua dengan kedatangan bulan yang mulia ini pada meningkatkan amal ibadah kita semua, amin.

Hasrizal Abdul Jamil

Naas, Ireland

Send in a voice message: https://anchor.fm/hasrizal/message