Sembang ADHD Dewasa

Akhirnya Saya Menerima Diagnosis Klinikal ADHD Dewasa

Spread the love
https://anchor.fm/s/1e08f4a8/podcast/rss

Summary

Jika anda pensyarah universiti, anda mungkin biasa berjumpa dengan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan seperti yang sepatutnya. Mungkin ada yang memang malas, tidak bermotivasi dan tidak berminat untuk berjaya.

Namun di celah-celah itu mungkin ada pelajar yang bermati-matian berusaha namun tetap gagal, kerana ada sesuatu pada dirinya yang hanya dapat dilihat dengan mata ilmu dan kasih sayang, bukan mata mengeji dan hukum.

Bagi sahabat yang senasib, berusahalah untuk jangan self-diagnosed atau diagnose orang lain. Berusaha untuk mendapatkan bantuan profesional oleh pakar terlatih (dan ia mungkin membabitkan perbelanjaan yang tidak murah).

Hanya selepas didiagnosis secara klinikal dan ‘rasmi’ oleh konsultan psikiatris, saya berani untuk menulis perkara ini. Mungkin diagnosis ini agak terlambat untuk membantu menyelamatkan saya daripada belenggu the ‘unfinished business’ selama 20 tahun ini, mudah-mudahan ia menjadikan kehidupan berbaki lebih bermakna dan baik untuk terus berperanan lagi berbakti.

Send in a voice message: https://anchor.fm/hasrizal/message