Podcast Hasrizal

Salah Laku Pelajar: Selesaikan Atau Sebarkan?

Spread the love
https://anchor.fm/s/1e08f4a8/podcast/rss

Summary

Salah laku pelajar, jika kita jumpa, kita selesaikan atau sebarkan? Isu ini timbul semasa saya melawat sebuah sekolah di Vantaa Finland bila mana saya ajukan soalan mengenai SOP sekolah mengendalikan masalah disiplin murid.  Guru berkenaan memberikan jawapan yang membuka mata saya untuk melihat betapa reaksi simple yang ‘memang sepatutnya begitu’ itu mempunyai kesan besar kepada kebaikan dan keburukan hidup, bukan sahaja di sekolah, malah bagi masyarakat seluruhnya.  Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam sendiri berpesan jika terlihat kemungkaran, langkah itu bukannya ‘mencegah’ ia, tetapi MENGUBAHNYA. Ertinya, reaksi kita mestilah mempunyai kualiti yang boleh mengubah, menukar keburukan dan kesalahan menjadi kebaikan. Justeru jangan sewenang-wenangnya memberi alasan mahu mencegah kemungkaran atau membela kebenaran, semasa melakukan pembulian siber dan menyerang sesiapa. Apatah lagi jika subjeknya adalah anak murid kita sendiri.

Send in a voice message: https://anchor.fm/hasrizal/message