Podcast Hasrizal

English, Ustaz! English!

Spread the love
https://anchor.fm/s/1e08f4a8/podcast/rss

Summary

Di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu saya kongsikan sedikit pengalaman saya berbahasa Inggeris semasa mula bertugas di Ireland Utara. Sudahlah baru berhijrah dari ‘Dunia Arab’ ke ‘Dunia Inggeris’, dicabar lagi pula dengan loghat Ireland Utara yang ya Allah Tuhan sahajalah yang tahu.  Tetapi bahasa adalah bahasa, alat komunikasi. Ia bukan ukuran intelek atau kelebihan dan kekurangan seseorang. Bahasa juga tiada jalan lain untuk memperbaikinya kecuali dengan menggunakannya. Berani tidak sempurna, berani silap, dan berani membetulkan apa yang kurang. Tetapi ia memerlukan persekitaran yang baik. Jika kita dikelilingi individu yang suka mentertawakan orang yang salah dan silap dalam berbahasa, keadaan menjadi sukar.

Send in a voice message: https://anchor.fm/hasrizal/message